Presiden Filipina Mohon Maaf Kepada Obama


MANILA – FILIPINA. : Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluahkan rasa kesal selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sehingga mendorong White House membatalkan rundingan dua hala yang dirancang kedua-dua pemimpin tersebut.

Menerusi satu kenyataan melalui jurucakapnya, Duterte memaklumkan bahawa kenyataan sebelum ini bukan bertujuan untuk menghina Presiden AS itu.

“Kami berharap agar dapat menghentikan pertelingkahan yang timbul demi keutamaan kepada negara.

“Punca komen keras saya kerana menyentuh soalan wartawan berkaitan kebimbangan dan kami juga kesal ia menjadi serangan peribadi terhadap Presiden AS,” kata Duterte menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, Obama dan Duterte dijadualkan untuk bertemu di Laos, lapor CNN.

Duterte dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu selepas menerima kritikan daripada Amerika Syarikat berhubung kes pembunuhan tanpa melalui proses undang-undang dalam memerangi dadah di negara itu.

Pegawai dari White House berkata Obama tidak merancang melontarkan kebimbangannya terhadap isu-isu hak asasi manusia di Filipina ketika pertemuan dengan Duterte.

Duterte merupakan seorang pemimpin popular Filipina yang terkenal kempen menentang dadah di negara itu sehingga membawa kepada pembunuhan beberapa pengedar dadah yang aktif di sana. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA