• Presiden FAS Masih Rahsia

    Published: Saturday, 17 September 2016
    A- A+

    KUCHING: Teka-teki mengenai presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih belum terjawab biarpun pemilihan untuk jawatan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini.

    Beberapa ahli politik dikaitkan dengan jawatan tersebut namun pada pemilihan hari ini tiada nama dicalonkan.

    Bagaimanapun pencalonan untuk jawatan nombor satu FAS itu akan dibuaat dalam masa tujuh hari.

    Tugas presiden akan dipangku timbalan presiden FAS yang baharu iaitu Abdul Wahab Rahim.

    Jawatan Naib Presiden FAS masing-masing disandang Razali Dolhan, Cassidy Morris, Duke Janteng, Dato Posa Majais dan Abang Suhordie. -Sarawakiana,

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden FAS Masih Rahsia "