Presiden FAS Masih Dirahsiakan



KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih berahsia mengenai calon presiden walaupun beberapa nama sudah dikenalpasti.

Pemangku presidennya, Abdul Wahab Rahim berkata, bakal presiden perlu mempunyai visi membangunkan bola sepak negeri ini.

Malah menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem turut memberi sokongan dan mahu FAS terus menumpukan kepada program pembangunan.

"Buat masa ini kita tidak dapat menyatakan sebarang nama bakal presiden.

"Namun apa yang penting, bakal presiden mempunyai visi dalam membangunkan bola sepak terutama di peringkat akar umbi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, perlawanan terakhir menentang PDRM pada 22 Oktober di Stadium Negeri akan menentukan hala tuju pasukan pada musim depan.

"Kalau menang pada perlawanan terakhir dan kekal dalam Liga Super, adalah tidak adil untuk kita melakukan rombakan besar-besaran.

"Apa yang kita lakukan mungkin rombakan kecil sahaja untuk menampung kekurangan yang ada," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA