PPS Pemangkin Sektor Perniagaan Sarawak


KUCHING: Kewujudan Persekutuan Perniagaan Sarawak (PPS) bakal merancakkan lagi sektor perniagaan di Sarawak selain melindungi kepentingan komuniti perniagaan negeri ini, kata Presiden PPS Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg.

Sebagai badan induk mewakili organisasi utama industri di Sarawak beliau berkata, idea menubuhkan PPS diilhamkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindstrian Sarawak (SCCI) sejak 10 tahun.

Malah menurutnya, PPS juga akan berjuang untuk kepentingan dan perhubungan aktif antara sektor swasta dan awam.

"Dengan mandat yang diberikan ini, kita (PPS) berharap dapat memainkan peranan proaktif dan penting untuk memperbaiki kekurangan terutama proses perundingan dengan pemegang saham di negeri ini," katanya.

Beliau menambah, setakat ini terdapat 11 ahli PPS dan bilangannya bakal bertambah apabila beberapa pemain sektor perniagaan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Majlis Perasmian PPS disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini. -Sarawakiana.






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA