Polis Waspada Cubaan Daesh Ganggu Ketenteraman Sempena Hari Malaysia

Foto Berita Harian
ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan Daesh akan melakukan kacau ganggu pada 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia untuk memastikan kehadiran mereka di negara ini dirasai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata ini berikutan cubaan mereka untuk melakukan kacau ganggu pada Hari Kebangsaan lalu gagal dengan tertangkapnya dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kumpulan itu dua hari lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mewujudkan keadaan ganggu ketenteraman awam di negara ini.

"Kumpulan ini sudah lama wujud namun sejak akhir-akhir ini juga makin aktif dan aktiviti mereka semakin meningkat menyebabkan mereka berani untuk menonjolkan diri.

"Bagaimanapun pihak polis sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kegiatan mereka terus berleluasa di negara ini, " katanya pada sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di sini.

Pada majlis itu Datuk Zamri Yahya, yang kini menjawat kedudukan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perjawatan/Perkhidmatan) Bukit Aman, menyerahkan tugas kepada Ketua Polis Kedah yang baharu, Datuk Asri Yusof. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA