Polis Tahan Suspek Kes Pedofilia Sri Aman


KUCHING: Hampir sebulan melarikan diri bersembunyi daripada pihak polis akhirnya seorang lelaki yang diburu berkaitan dengan kes culik dan rogol gadis bawah umur di Sri Aman Ogos lalu berjaya ditahan semalam.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar, suspek ditahan polis di kawasan perumahan di RPR Kidurong Bintulu petang semalam.

"Terkejut melihat kehadiran anggota polis dikawasan berkenaan, suspek cuba melarikan diri sebelum ditahan dan diserahkan kepada pihak JSJ Sri Aman untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Dev juga mengucapkan tahniah diatas komitmen tugas yang diberikan oleh pasukan anggota yang berjaya menyelesaikan kes tersebut.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA