Polis Tahan 3 Individu Kes Hina Islam


KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu kerana memuat naik kenyataan di Facebook menghina Islam berkaitan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dua daripada mereka ditahan di Shah Alam, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak awal pagi ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

"Saya nasihatkan orang ramai berhati-hati sebelum memuat naik kenyataan di laman sosial kerana bimbang boleh mewujudkan perbalahan antara agama," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Bukit Aman, di sini hari ini. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA