Polis Selesai Kes Langgar Lari Viral Di Media Sosial

MIRI, 21 Sept (Bernama) -- Polis hari ini berjaya menyelesaikan kes langgar lari melibatkan seorang pemuda berusia 24 tahun yang menjadi viral di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata suspek seorang lelaki rakyat tempatan berumur 29 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Miri pada 4.50 petang ini, dan mendakwa mabuk ketika kejadian itu.

"Suspek yang tidak memiliki lesen memandu kini ditahan di lokap dan akan menjalani ujian alkohol," katanya kepada Bernama.

Augustine Sawing Gelayan maut serta merta apabila dilanggar lari oleh sebuah kereta Proton Saga di simpang lampu isyarat Pujut 7 pada 11.50 malam, Selasa.

Mangsa tercampak di laluan bertentangan dan akibat daripada pelanggaran itu, mangsa cedera parah di leher dan maut di tempat kejadian. -- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA