Polis Mohon Bantu Buru Tiga Suspek Kes Tipu Warga Indonesia


KUCHING: Polis memohon bantuan orang ramai bantu mengesan tiga suspek kes penipuan warga Indonesia 27 Ogos lalu di Terminal Bas Kuching Sentral disini.

Difahamkan tiga suspek tersebut merupakan warga tempatan namun identiti suspek ketiga masih samar.

Suspek pertama yang ditahan dikenali sebagai Hamka,44 warganegara Indonesia yang ditahan pada 28 Ogos 2016 sehari selepas kejadian oleh polis Indonesia di kawasan Tebedu kawasan sempadan Indonesia oleh pihak polis sempadan sebelum diserahkan kepada polis Kuching.

Dalam kejadian 27 Ogos lalu suspek bersama tiga lelaki lain menyerahkan batu delima kepada mangsa dan terus mengambil wang yang terdapat di dalam beg mangsa sebanyak RM10,000 sebelum keempat-empat mereka menghilangkan diri 20 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek pertama telah ditangkap manakala tiga lagi masih bebas.

"Dua daripada suspek yang masih diburu telah dikenalpasti identitinya iaitu Hipni Sa'adi dan Redzuan@Redzuan Samad masing-masing berusia 52 tahun manakala identiti seorang lagi masih samar," jelasnya ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.



Polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk menipu mangsa iaitu dua syiling berwarna emas, ketulan bongkah kecil berwarna kuning yang dibalut dengan kain kuning, sebutir batu warna merah yang juga dibalut dengan kain kuning, dua unit telefon bimbit dan passport milik suspek.

Suspek pertama kini ditahan dan dituduh dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih dari 10 tahun serta didenda.

Abang Ahmad turut memberitahu para pemberita mengenai pertuduhan terhadap suspek telah dilakukan di Mahkamah Kuching dan suspek berkenaan tidak mengaku bersalah dan kes akan dibicara pada 20 Oktober 2016.

Sehubungan itu polis berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang masih bebas tampil memberi maklumat di balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Lai Hwa Yen 016-7815839 atau pegawai risikan dan operasi Insp Mohd Hafizi Arifin di talian 012-5140622-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA