PM Tidak Hadir Perhimpunan Agung PBB Bukan Luar Biasa - Ahmad Zahid


NEW YORK: Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mewakilkan tugas mengetuai delegasi Malaysia kepada timbalan perdana menteri bukan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara lain yang menghantar wakil bagi mewakili ketua negara dan kerajaan masing-masing.

"Bukan merupakan sesuatu yang ganjil untuk sama ada menteri luar atau timbalan perdana menteri hadir sebagai wakil pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau di UNGA di sini pada Ahad.

Beliau berkata daripada 193 negara anggota PBB, setakat ini 54 negara termasuk Indonesia yang menyatakan bahawa ketua negara dan kerajaan mereka tidak akan menghadiri perhimpunan tahunan PBB itu.

"Dan ketika zaman perdana menteri yang memerintah paling lama dulu pun terdapat juga orang lain yang mewakili beliau," kata Ahmad Zahid. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA