PM Hargai Cadangan Bajet2017


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai tindakan semua pihak yang mengambil bahagian dan menyumbang cadangan dalam laman khas #Bajet2017.

Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut memainkan peranan penting dalam membina bajet yang inklusif untuk semua.

“Cadangan-cadangan anda akan diteliti dan diperincikan bersama Kementerian Kewangan.

“Saya amat hargai setiap satu cadangan tersebut. Terima kasih!,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Cadangan mengenai Bajet 2017 dalam laman khas https://bajet2017.najibrazak.com diperkenalkan sejak 5 September lalu sebelum Bajet 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober ini.-UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA