PM Ajak Rakyat Sumbang Cadangan Untuk Bajet 2017



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama menyumbang cadangan dalam penyediaan bajet 2017.

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian mulai hari ini hingga 19 Sept di laman khas yang disediakan.

"Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 Sept, idea boleh dikemukakan di https://bajet2017.najibrazak.com," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA