PKR Sarawak Buntu Kerana Hubungan Anwar-Mahathir


Walaupun PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian selama ini agak agresif menentang beberapa dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi perlu diingat lahirnya PKR pada 1999 adalah semata-mata untuk menentang mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika itu.

Kini keadaan itu bukan sahaja berubah, malah cukup mengelirukan para penyokong tegar Anwar Ibrahim yang sekian lama mahu melihat Tun Mahathir dihukum kerana perbuatannya memecat Anwar pada 1998.

Sentimen penyokong PKR di Sarawak mungkin berbeza dengan rakan-rakan mereka di Semenanjung. Perkara itu dapat dilihat bila Anwar dan Mahathir mula berbaik-baik serta mahu menjalinkan kerjasama politik.

Ada kalangan penyokong di Sarawak yang mula tawar hati terhadap perjuangan PKR yang lebih bersifat perjuangan peribadi dan terlalu national.

Sekian lama melancarkan perang terhadap Mahathir dengan memperkudakan nama ‘rakyat’ demi berjuang mahu melihat pemimpin itu menerima balasan atas perbuatannya memenjarakan Anwar.

Kini setelah lebih 18 tahun mereka berteriak di jalanan dan memaki hamun Tun Mahathir kerana kononnya Mahathir telah mengheret Anwar ke penjara, tapi hari ini mereka terkesima menyaksikan kerjasama dua tokoh itu .

Akhirnya Baru Bian dan rakan-rakan terpaksa menerima hakikat semua itu adalah permainan politik semata-mata, sasaran mereka kini hanyalah Datuk Seri Najib, meski sudah bertahun-tahun memijak serta mencemuh nama Mahathir.

PKR Sarawak terpaksa menerima kehadiran Mahathir dalam kelambu yang sama, mereka perlu berjuang untuk agenda Mahathir dan Mahathir juga perlu berjuang untuk membebaskan Anwar. 

Jika dulu ada sanggup menangis demi Anwar, kini orang yang sama terpaksa 'belajar menangis' demi Mahathir.

Setidak-tidaknya PKR Sarawak seolah terpaksa menjilat kembali ludah yang sudah bertahun-tahun. 

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA