PImpinan Baharu FAM Tahun Depan


PETALING JAYA: Pemilihan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal berlangsung awal tahun depan.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata beliau menyerahkan mandat kepada jawatankuasa eksekutif untuk mengadakan pemilihan berkenaan pada kongres ke-53 itu.

Tengku Abdullah berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah pada Kongres Tahunan FAM ke-52 di sini, sebentar tadi.

Tengku Abdullah terpilih sebagai presiden badan induk bola sepak negara itu pada Mei 2014 untuk tempoh empat tahun.

Beliau bagaimanapun bersedia melepaskan jawatannya lebih awal. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA