Petronas Bakal Buang Pekerja Lagi?


Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan meneruskan pengurangan kakitangannya berikutan harga minyak mentah yang masih lemah, menurut Wall Street Journal.

Memetik sumber, The Wall Street Journal melaporkan Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih 700 kerja susulan harga minyak yang terus-terusan rendah.

Pengurangan itu turut membabitkan entiti tersenarai miliknya. Syarikat Petronas yang disenaraikan di Bursa Malaysia ialah Petronas Chemicals Group Bhd, Petronas Gas Bhd dan Petronas Dagangan Bhd.

Petronas yang memberi sumbangan besar kepada kerajaan telah memaklumkan pengurangan kakitangan itu pada Mac lalu.

Syarikat minyak dan gas itu akan mengurangkan perbelanjaan sebanyak AS$11.4 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang. 

Berdasarkan laporan tahunan, Petronas mempunyai kira-kira 53,000 orang pekerja setakat hujung tahun lepas.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA