Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Diserang Di KLIA


PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, I. Ansar dilaporkan diserang oleh kumpulan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Kementerian Luar negara itu, dalam satu kenyataan di laman webnya, mengutuk serangan ke atas Pesuruhjaya Tinggi.

“Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, portal berita Sri Lanka, Hiru News melaporkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi tersebut diserang di lapangan terbang selepas menghantar Menteri Perusahaan Utama negara itu, Daya Gamage, yang berada di Malaysia sempena Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden tersebut kepada media dan memberitahu bahawa polis sedang menjejaki suspek.

Bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa turut berada di Malaysia bagi menghadiri persidangan tersebut.-MS.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA