Persediaan UPSR terjejas, bilik kelas SK Bario terbakar


BARIO: Persediaan untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Bario terjejas apabila satu blok bilik darjah musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Bekas Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian yang menghubungi media petang tadi berkata, kebakaran itu berlaku dengan cepat dan keadaan bertambah buruk apabila tiada alat memadam kebakaran di sekolah berkenaan.

"Bilik darjah yang terbakar itu dipercayai akan digunakan untuk peperiksaan UPSR esok," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh pihak polis Marudi mengenai kejadian itu.

"Anggota bomba dari Marudi pergi ke lokasi kejadian yang memerlukan masa perjalanan selama 13 jam," katanya.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA