Perlawanan 'Hidup Mati' Sarawak Dalam Liga Super

Foto Bernama
KUCHING: Liga Super 2016 hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi namun Sarawak masih bergelut dalam zon penyingkiran.

Sarawak kini menghuni tangga kelapan liga namun kedudukan itu belum terjamin berikutan perbezaan mata yang sangat rapat dengan empat pasukan lain di tangga tercorot.

Malah ketua jurulatih, David Usop turut mengakui kedudukan Sarawak masih belum selamat kerana perlawanan terakhir menentukan 'hidup mati' skuad kendaliannya dalam Liga Super.

"Kita belum selamat walaupun naik ke tangga kelapan kerana jurang mata tidak jauh.

"Kita boleh jatuh ke Liga Perdana musim depan jika pasukan lain menang dengan lebihan gol dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Kemenangan mutlak menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi terakhir di Stadium Negeri 22 Oktober perlu diraih untuk kekal dalam Liga Super tahun depan.

Menurut David lagi, keputusan seri sudah memadai untuk Sarawak kekal dalam kancah Liga Super musim depan sekiranya gagal mengutip tiga mata berharga.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA