'Periuk Nasi Kami Akan Tergugat Kalau Uber Beroperasi'


Kuching : Demikianlah rungutan sesetengah pemandu teksi yang sudah lama beroperasi di kawasan Kuching dan Samarahan khususnya terhadap perkhidmatan baharu Uber yang akan beroperasi bermula hari ini.

Pengerusi Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching, Sapawi Mohd Suut berkata, kemasukan perkhidmatan Uber akan menjejaskan pendapatan semua pemandu teksi khususnya di bandar raya ini yang kini stabil.

“Periuk nasi kami akan tergugat kalau Uber beroperasi,” katanya ketika ditemui, memetik akhbar tempatan UtusanBorneo.

Mereka terdiri daripada Persatuan Pemilik Teksi Sarawak, Persatuan Teksi Divisyen Pertama Kuching, Persatuan Teksi Bumi Kenyalang termasuk Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching dengan keahlian kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemandu teksi.

Malah katanya, persatuan-persatuan teksi di bahagian Kuching dan Samarahan membantah sekeras-kerasnya perkhidmatan Uber di sini.

“Kami tidak setuju dan membantah keputusan Uber untuk beroperasi di Sarawak kerana ia tidak berlesen atau mempunyai permit yang sah daripada LPKP,” ujarnya lagi. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA