• Penyelidik Profesional Curi Sumber Biologi Negara

    Published: Monday, 5 September 2016
    A- A+
    Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail


    KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesan golongan profesional dari luar negara mencuri sumber biologi negara sebelum dipatenkan di negara asal mereka.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata golongan terbabit menyertai penyelidikan di universiti tempatan.

    "Penyelidik terbabit kemudian memasuki hutan dan mencuri sumber biologi seperti kulat untuk membasmi kerosakan pokok kelapa sawit," katanya ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (ABS), di sini, hari ini.

    Wan Junaidi berkata, untuk mengatasi kecurian sumber biologi, kementeriannya sedang menggubal Rang Undang-Undang ABS yang kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.

    "Ia bertujuan mengawal selia aktiviti akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi berkaitan kegunaan sumber biologi.

    "Rang undang-undang ini juga dapat menangani masalah kecurian sumber biologi serta memastikan faedah yang terhasil dikongsi secara adil dan saksama," katanya. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Penyelidik Profesional Curi Sumber Biologi Negara "