• Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Di Betong

    Published: Sunday, 25 September 2016
    A- A+

    BETONG: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 82 Jln Btg/Skei sekitar jam 5.10 petang tadi.

    Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Abdul Rahman Hasbullah.

    Kejadian dipercayai apabila motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan Proton Waja.

    Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Proton Waja tiba-tiba memasuki ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal berkuasa tinggi terbabit.

    Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana

  • No Comment to " Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Di Betong "