Penubuhan mahkamah khas siber tepat pada masanya - SKMM



CYBERJAYA: Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah siber pada masa ini memerlukan pengurusan kes yang cepat dan berkesan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM menyambut baik penubuhan mahkamah itu yang memulakan operasinya 1 September lalu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"SKMM berharap agar kes-kes siber yang disiasat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutamanya kes-kes penyalahgunaan media sosial dapat dibicarakan di Mahkamah Khas Siber ini dengan segera," kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mahkamah Khas Siber itu dikendalikan Hakim Mahkamah Sesyen yang khusus dan berpengalaman bagi membolehkan tumpuan dan keutamaan diberikan kepada kes-kes berkaitan jenayah siber seperti penggodaman, penipuan dalam talian, botnet, kecurian maklumat, pengintipan, judi siber, pemalsuan dokumen, pornografi dan seumpamanya, kata SKMM. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA