Pengorbanan Membawa Maksud Keharmonian


KUCHING:Pengorbanan sebenarnya membawa maksud keharmonian kerana seseorang individu sanggup melakukan sesuatu demi keluarga, masyarakat, agama dan negara, kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Selain itu menurutnya, pengorbanan juga menuntut setiap orang berkorban untuk kebaikan.

"Kesabaran dan pengorbanan kita perlu bersandarkan ketakwaan kepada Allah untuk menjamin kejayaan lebih bermakna," katanya semasa Program Ibadah Qurban anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sourabaya Ulu dan PBB Cawangan Pantai Damai hari ini.

Beliau berkata, ibadah korban banyak mendidik semangat pengorbanan dalam diri termasuk patuh kepada agama selain besyukur dengan nikmat yang diberikan.

"Aidiladha mengingatkan kita kepada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim," ujarnya.

Pada masa sama beliau turut berharap agar hubungan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat terus terjalin. -Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA