Penghantar surat didakwa hina KPN


KUALA LUMPUR: Penghantar surat sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Siber atas dakwaan memuat naik status dengan mengeluarkan komen jelik dan menghina terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, di laman Facebook.

Rosmin Mohamed Noor, 40, mengaku tidak bersalah memuat naik status itu Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2, Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.10 pagi, 22 September lalu.

Rosmin menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Hakim Zaman Mohd Noor membenarkan Rosmin diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober ini bagi pengurusan kes serta serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum, manakala peguam Nurul Jannah Abdul Rahman menyebut bagi pihak Rosmin.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA