Penganggur Warga Asing Edar Dadah Diberkas Di Miri


MIRI: Polis Miri berjaya memberkas seorang penganggur warga Indonesia disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Kampung Madinah Jalan Miri Bintulu pagi kelmarin.

Suspek yang berusia 37 tahun berjaya dicekup polis dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri atas maklumat dan merampas sejumlah dadah jenis syabu.

Memetik laporan akhbar tempatan Utusan Borneo, dalam serbuan jam 11 pagi itu, pemeriksaan lanjut di lokasi serbuan turut menjumpai satu beg plastik lutsinar mengandungi 58 keratan tiub straw berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 13.03 gram.

Suspek berserta semua hasil rampasan dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengedar dadah.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA