Penemuan Pistol Dan Peluru, Tiga Ditahan Di Mukah


KUCHING: Seorang lelaki berusia 40an warganegara Indonesia ditahan di hadapan sebuah pasaraya bagi membantu siasatan dalam kes kecurian dan pecah rumah yang berlaku pada bulan Jun lepas sekitar bandar Mukah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dato' Dev Kumar berkata, ekoran penahanan lelaki terbabit sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah membawa suspek kerumah kediamanya di Kampung Sau Metapus dan pihaknya berjaya menemukan sepucuk pistol revolver buatan sendiri berserta peluru 9mm sebanyak 94 butir.

"Pasukan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Berat Khas dari Ibu Pejabat Kontinjen(IPK) Sarawak dikerahkan ke sana bagi menyelesaikan kes berkenaan dan pada hari yang sama lebih kurang jam 7 malam seorang lagi suspek warganegara Indonesia ditangkap di ladang kelapa sawit di Balingian ," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Semalam, pada jam lebih kurang 10.30 malam seorang lagi suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 40an ditahan  di sebuah medan selera bagi membantu siasatan, tambahnya.


Dev menambah keraguan mengenai kewujudan senjata dan peluru serta kegunaannya masih dalam siasatan pihak polis.

Kesemua suspek yang ditahan kini disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA