Penasihat Jualan Bidang Yang Patut Diceburi

James Jemat
KUCHING : Bidang penasihat jualan ataupun Jurujual adalah bidang penting yang mendidik individu agar lebih berkeyakinan tinggi untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam memasarkan sesuatu produk.

Penasihat Jualan Huat Bing Motor James Jemat, 40, berkata  bidang ini lebih menumpukan kepada kerajinan bekerja serta meningkatkan tahap keyakinan berkomunikasi kepada pelanggan.

"Saya telah menceburi bidang ini selama 10 tahun dan pernah menjadi jurujual di Produa diawal penglibatan saya sebagai penasihat jualan.

"Bidang ini telah menjadikan saya seorang yang pemalu kepada seorang yang lebih berkeyakinan tinggi untuk menghadapi segala cabaran dunia pemasaran," katanya ketika ditemubual Sarawakiana.

Produk Jualan James
Menurutnya, ramai dikalangan rakan beliau yang berpendidikan tinggi menceburi bidang ini bagi melatih diri untuk lebih yakin berkomunikasi kepada umum.

"Bidang ini juga turut melatih kita bagaimana hendak menyelesaikan masalah pelanggan dan berfikir dengan kreatif untuk memenuhi kepuasan pelanggan serta meningkatkan pendapatan," ujarnya.

James berharap agar anak muda terutama daripada Bumiputera sepatutnya menceburi bidang ini, lebih-lebih lagi bidang ini masih kurang penglibatan Bumiputera.

"Jangan memilih pekerjaan, kerana pengalaman amat penting untuk mengisi peluang di masa hadapan," katanya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA