Penangan Rojak Sotong Kangkung Sarawak


Sarawak memang terkenal dengan variasi makanan tersendiri yang  sesuai untuk dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.

Selain daripada laksa Sarawak, Mi Kolok dan sebagainya, Rojak Sotong Kangkung merupakan antara menu wajib untuk dicuba jika menjejak kaki ke Sarawak.

Tidak pula diketahui bila Rojak Sotong Kangkung sudah bertapak di negeri ini memandangkan ia sudah ada sejak sekian lama. 'Pasar Ceko' Kuching dan gerai di perhentian bas sudah lama terkenal dengan keenakan rojak sotong kangkung.

Kini pasar ceko sudah di roboh dan yang tinggal hanya gerai di perhentian bas berhadapan dengan Elektra House yang masih sinonim dengan rojak sotong kangkung .

Menu yang berasaskan sotong ini begitu lembut struktur sotongnya apabila dicelur dengan air panas, ditambah dengan kangkung yang juga dicelur serta Tauhu goreng.

Perencah utama adalah pitis yang ditabur dengan kacang kisar, keseluruhan bahan akan digaul agar pitis tersebut menjadi sebati, selepas itu barulah kacang ditabur.

Kelembutan sotong dan kangkung bercampur pitis memberi kombinasi yang melengkapkan rasa, Tauhu goreng dan kacang kisar menambahkan lagi keenakan kangkong tersebut.

Rojak sotong kangkung kebiasaannya akan dinikmati bersama ais kacang, cendol, laici kang dan ABC jagung.

Bagi yang ingin menjejak kaki ke Sarawak, Rojak Sotong Kangkung adalah menu wajib dinikmati sebagai pengalaman yang berharga kerana Sarawak mempunyai berbagai menu makanan yang tidak terdapat di negeri lain.

Selamat Datang Ke Sarawak.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA