Pelan Perkukuh e-Dagang Bakal Dilancar

 

Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan meyokong industri e-dagang di Malaysia untuk berkembang lebih pesat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, Berkata pelan itu adalah usaha proaktif kerajaan untuk e-dagang menjadi platform terpenting, sekali gus berupaya memasarkan produk dan perkhidmatan.

"Sektor e-dagang dilihat akan terus berkembang, dan sudah menjadi sebahagian trend baharu masyarakat di negara ini, apabila ia menunjukkan peningkatan penggunaan platform e-dagang pada sekitar 20 peratus setiap tahun.

Tingkat pertumbuhan
"Justeru, kerajaan memberi perhatian penuh dalam pembangunan e-dagang termasuk menubuhkan Majlis e-Dagang Kebangsaan selain merangka beberapa perancangan lain, seperti mewujudkan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang tidak lama lagi," katanya selepas membuat lawatan kerja di Pusat Mel Nasional, Pos Malaysia Bhd di Shah Alam, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh; Ketua Pegawai Operasi Perrkhidmatan, Pendidika dan Pertahanan, Pendidikan dan Pertahanan dan DRB-Hicom Bhd, Datuk Mohd Razeek Md Hussain serta Ketua Pusat Bungkusan Bersepadu, Pusat Mel Nasional, Syed Zulnurin Syed Loed.

Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan bertujuan meningkatkan pertumbuhan e-dagang dalam negara daripada 10.8 peratus ketika ini kepada 20.8 peratus menjelang 2020.

Ia adalah hasil perbincangan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA