Pelajar perempuan terselamat cubaan culik

gambar hiasan
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima terselamat daripada cubaan culik oleh seorang lelaki ketika pulang dari sekolah berhampiran rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, remaja berusia 17 tahun berkenaan dikatakan baru turun dari bas dan berjalan seorang diri di lorong perumahan tersebut sebelum diekori lelaki yang menaiki kereta.

"Setelah menghampiri pelajar berkenaan, suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di tepi lorong itu.

"Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong dan bergelut sebelum berjaya melepaskan diri menyebabkan suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA