Pelajar Malaysia hilang di Paris selamat



SHAH ALAM - Nur Shakinah Naim, 19 yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak Jumaat lalu disahkan selamat oleh bapanya, Naim Awang, 46.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, Nur Shakinah disahkan selamat selepas pulang ke rumah sewanya di Rouen, Perancis.

Sebelum ini, Naim Awang dari Kampung Masjid, Tikam Batu dijadualkan ke Paris semalam bagi mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan kes dengan pihak berkuasa Perancis.

Nur Shakinah dilaporkan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang, selepas bapanya menerima panggilan dari Kedutaan Malaysia di Perancis Isnin lepas. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA