Pecah Masuk Asrama Wanita

Foto Harian Metro
WANGSA MAJU: Penuntut lelaki ditahan apabila memecah masuk asrama wanita bagi mengintip dan merakamkan video di asrama kolej di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 20 tahun berkenaan dikesan menggunakan telefon pintar untuk merakam video mangsa tanpa disedari.


Katanya, tindakan suspek bagaimanapun disedari mangsa selepas melihat kelibat telefon pintar milik suspek muncul di tingkap biliknya dan pelajar terbabit tampil membuat laporan polis selepas kejadian.

"Suspek kemudian ditahan pihak polis beberapa jam selepas laporan dilakukan mangsa.

"Pemeriksaan terhadap telefon pintar milik suspek menemui berpuluh video lucah dan dua video rakaman mangsa.

"Suspek dipercayai menjadikan gambar itu sebagai koleksi peribadinya,"katanya ketika ditemui pada majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek kini diberi ikat jamin sebelum proses pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 477 Kanun Keseksaan (KK) kerana menceroboh dan 292 akta sama kerana memilik bahan lucah.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA