Pasangan Tinggal Dalam Gua Lebih 54 Tahun



CHINA: Tidak semua pasangan suami isteri perlukan rumah untuk mengecapi kebahagiaan, tinggal di dalam gua pun sudah mencukupi dan itulah yang dilakukan satu pasangan dari China.

Liang Zifu, 81, dan isterinya Li Suying, 77, memilih tinggal di dalam gua yang terletak di pinggir bandar Sinchuan Nanchong sejak 54 tahun lalu malah disitulah juga mereka membesarkan empat anak.

Menurut pasangan itu, mereka memilih tinggal di dalam gua kerana tidak mampu menangung perbelanjaan memiliki rumah sendiri, lapor Net Ease.

Gua berkenaan kini mempunyai tiga bilik tidur, satu dapur dan ruang tamu.

Pegawai tempatan pernah memujuk pasangan warga emas itu untuk keluar dari gua berkenaan dan tinggal di kediaman yang lebih selesa, namun mereka enggan.

Kata pasangan itu, mereka telah terbiasa tinggal di dalam gua berkenaan kerana mempunyai banyak kelebihan.

"Ia sejuk ketika musim panas dan hangat pada musim sejuk malah ada mata air berdekatan," ujar pasangan itu. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA