Panjat Pandai Turun Tak Tahu


KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa diselamatkan anggota bomba selepas cuba memasuki rumah abangnya melalui balkoni di tingkat enam sebuah pangsapuri di Damansara Damai di sini.

Dalam kejadian jam 7 malam semalam, wanita berusia 29 tahun itu dilihat cuba memasuki rumah itu dengan memanjat balkoni belakang.

Tindakan beraninya itu bagaimanapun menyebabkan dia terperangkap lebih setengah jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam kelmarin.

“Kami menerima panggilan dari pihak polis berhubung kejadian itu. Setibanya di lokasi, didapati seorang wanita terperangkap di balkoni belakang rumah itu,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dia cuba memasuki rumah abangnya yang sedang berada di Indonesia untuk tugasan luar.

“Wanita itu memberitahu dia tertinggal kunci rumah dan berusaha memasuki rumah itu melalui balkoni,” katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA