PAN BORNEO: Kepentingan Penduduk Jadi Keutamaan.

KUCHING : Penduduk Balai Ringin yang terlibat dengan projek Pan Borneo yang belum lagi memiliki tapak pembinaan rumah semula tetap diutamakan dan terus dibincangkan bersama pihak berwajib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, usaha untuk memastikan tapak sedang dibincangkan bersama Jabatan Tanah dan Servei Sarawak.

"Perbincangan tersebut telah dilakukan dari masa ke semasa untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi penduduk.

"Ia bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah kerana ia membabitkan tanah dan perlu kesesuaian untuk penduduk," katanya kepada sarawakiana.

Menurut beliau, pihak Jabatan Tanah Dan Servei sudah mengenal pasti kedudukan tapak dan ia perlu diusul ke pihak atasan untuk dibincangkan bagi memperolehi pengesahan dan kelulusan tapak pembinaan semula yang baru.

Snowdan turut menasihati penduduk agar bersabar kerana kerajaan sentiasa memastikan apa yang terbaik untuk rakyat dan setiap kepentingan rakyat menjadi keutamaan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA