'Pama' Makanan Eksotik Masyarakat Iban


Katak terdiri daripada berbagai jenis. Ada yang beracun dan ada yang tidak beracun serta boleh dimakan. Antara jenis yang tidak beracun ialah 'PAMA' dalam bahasa Iban.

Waktu pama mudah dikesan ialah ketika selepas hujan dan sewaktu matahari sudah terbenam di waktu senja. Ia sering terdapat di anak-anak sungai yang cetek di kawasan hutan atau kebun.

Cara untuk memperolehi pama ialah dengan menggunakan tombak serampang tiga. Lampu suluh atau lampu yang dinyalakan oleh kobait alat yang begitu penting kerana pama akan keluar bila malam semakin lewat.



Pama akan dicuci bersih-bersih dan kulitnya akan dibuang jika ingin memasak rebus kunyit ataupun masakan berkuah. Jika dibakar, ia tidak perlu dibuang kulit dan dicecah bersama sos resepi tersendiri.

Begitulah kehidupan masyarakat di Sarawak yang terkenal dengan pelbagai makanan eksotik yang menjadi kegemaran masyarakat berbilang kaum di negeri ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA