Pam Susu Badan Semasa Marathon


Berlari sambil mengepam susu badan. Ia bukan mudah namun itu yang dilakukan oleh seorang ibu, Anna Young, dari Salt Lake City yang menyertai pertandingan marathon sejauh 16 batu.

Sambil berlari, Anna masih sempat mengempam susu badan dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu bayinya yang berusia lima bulan terlepas waktu minum susu mengikut jadual yang ditetapkan.

“Semalam saya berlari marathon selepas lima bulan bersalin.

“Saya terpaksa meninggalkan rumah pada 4.30 pagi dan perlumbaan bermula pada 6.45 pagi. Saya telah menyusukan bayi saya sebelum keluar rumah dan saya mengepam susu ketika berlari pada jarak 8 batu yang pertama.

“Saya menyusu bayi saya semula selepas sampai di garisan penamat,’’ demikian tulis Anna dalam media sosial.

Selepas memuatnaik gambar berkenaan dalam kumpulan yang menyokong penyusuan ibu, Occupy Breastfeeding, Anna telah menjadi perhatian dengan ramai yang memujinya dan menggelar Anna sebagai `supermum’.

“Bangga dengan awak yang meneruskan matlamat berlari ketika menyusukan bayi anda. Ini betul-betul satu dedikasi yang serius,’’ demikian antara pujian yang diterimanya.

Sementara bagi komen-komen berbaur negatif pula, Occupy Breastfeeding telah menjawabnya dengan memberitahu mungkin Anna mempraktikkan program penyusunan yang ketat.

“Bagi kebanyakan orang, jadual mengepam adalah sangat mustahak. Dia mungkin telah mengepamnya lebih awal sebelum ini dan saluran boleh tersekat dengan cepat,’’ kata Occupy Breastfeeding. - MYNEWSHUB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA