Pakatan Harapan Perlu Bersedia Terima Kekalahan PRU14


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menerima kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir, kenyataan itu adalah berdasarkan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang meminta PKR bersiap sedia menerima hakikat parti itu akan bertanding dalam PRU14 tanpa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sama ada PH kuat atau tidak sebenarnya tidak banyak bergantung kepada Datuk Seri Anwar. Pengundi lebih matang dalam menilai sejauh mana PH berbakti dan menjalankan tanggungjawab mereka di kawasan yang dikuasai PH, faktor Anwar semata-mata tidak menjanjikan sebarang kemenangan atau kekalahan.

image“Tetapi berbalik pada apa yang berlaku sekarang ini, Anwar adalah individu yang amat penting dalam menggabungkan kesemua parti pembangkan kerana Wan Azizah tidak mempunyai aura seperti suaminya dimana akhirnya, pergelutan dalam PKR dengan PKR, DAP, PAN lagi, PAS pula yang telah membawa diri.

“Jadi pada saya PH perlu bersedia menerima kekalahan sekali lagi di tangan UMNO BN,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Saifuddin sebelum ini berkata, barisan pembangkang tiada pilihan tetapi wajib bersedia tanpa Anwar untuk mengetuai barisan pembangkang.

“Bersedia atau tidak, PKR tiada pilihan dan jika diberi peluang kami tentu mahu Anwar mengetuai PRU ini.

“Dalam keadaan ini PKR wajib bersedia dengan keadaan in,” ujar Saifuddin.

Meskipun sebanyak dua kali Anwar tidak mengetuai PRU iaitu pada 1999 dan 2004 dan dilihat ia lebih stabil, namun kedudukannya berbeza pada PRU kali ini.

“Keadaannya sangat berbeza kali ini, dulu PAS masih bersama, sekarang tidak, kini dalam PRU14 mungkin wujud 3 atau 4 penjuru termasuk dari BEBAS, jadi adalah sukar untuk PH memperoleh undian majoriti di sesebuah kawasan,” ujarnya.

- BNBBC.my

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA