• Ooi Hadir Beri Keterangan

    Published: Tuesday, 20 September 2016
    A- A+

    GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disoal siasat mengenai komen di Twitternya mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

    Beliau ditemani peguamnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer yang tiba pada pukul 2.30 petang Selasa.

    Oii dikecam hebat berikutan komen di Twitter berbunyi "Adios Harun Din. Let there be peace" susulan pemergian Allahyarham Haron.

    Lima laporan polis dibuat terhadap Ooi berhubung komen di Twitter yang disifatkan sebagai tidak sensitif.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa Ooi supaya menyerah diri dan memberi keterangan kepada polis. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Ooi Hadir Beri Keterangan "