OKU Hasrat Jadi Pemain Bola Sepak Profesional


SEORANG remaja dari Bangladesh yang mengalami cacat kaki bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak terkenal seperti mana idolanya iaitu bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Menurut laman berita antarabangsa, Mohammad Abdullah, 22; dari Dhaka kehilangan sebahagian kakinya akibat digilis kereta api lebih 10 tahun lalu.

Selain minat mendalam terhadap suka bola sepak, Abdullah juga bekerja sebagai penghantar beg di sebuah stesen feri dan namanya mula meniti dibibir-bibir warga tempatan di atas kemahiran bermain bola sepak yang dimilikinya.


Meskipun bergelar orang kelainan upaya (OKU), Abdullah tidak gentar mempamerkan bakatnya dalam bermain bola sepak.

“Saya tidak pernah terfikir mampu berjalan semula, apatah lagi bermain bola sepak.

“Saya takut jika terpaksa menghabiskan seluruh hidup saya di atas kerusi roda,” katanya.

Atas semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa, Abdullah bangkit dari dibelenggu kecacatan yang dialaminya.

Selain bergelar OKU, Abdullah juga mempunyai kisah hitam yang lain apabila ditinggalkan oleh ibu kandungnya sewaktu dia berusia tujuh tahun.


Abdullah dibesarkan oleh bapa dan ibu tirinya sebelum dia nekad melarikan diri.

Abdullah kini bermain bola di Stadium Nasional di Bangladesh pada peringkat asas dan mampu mempamerkan kemahiran tinggi walaupun tidak mempunyai kaki. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA