Nyaris Maut Di gilis Kereta Api


INDIA: Seorang wanita nyaris maut selepas terjatuh dalam ruang di antara platform dan sebuah kereta api yang sedang bergerak, awal minggu ini.

Berdasarkan rakaman CCTV stesen kereta api Lonawala, suami mangsa berjaya melompat keluar dari kereta api tersebut dan terjatuh di lantai platform.

Mangsa bagaimanapun tergelincir ketika melompat dan terjatuh ke tepi landasan dan nyaris di gilis.

Kejadian bagaimanapun disedari oleh seorang anggota polis yang tidak bertugas yang kemudian segera menarik mangsa ke atas platform.

Laporan Indian Express mengatakan tindakan pantas konstabel Pawan Tayde berkenaan mendapat liputan meluas dan pujian pelakon popular Bollywood, Ashkay Kumar. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA