Netizen Bantah Aziz DAP Kritik Hukuman Mati Terhadap Pengedar Ganja


KUCHING: Netizen membantah dan melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan kontroversi Pembantu Khas Kepada Pengerusi DAP, Abdul Aziz Isa mengkritik kerajaan Malaysia yang melaksanakan hukuman mati terhadap pengedar dadah jenis ganja.

Kebanyakan netizen tidak mempersetujui kenyataan Aziz yang disifatkan sebagai meningkatkan bilangan penagih dadah jenis ganja terutama di kalangan generasi muda.

Seorang netizen ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan lebih kepada usaha Aziz untuk menunjukkan 'hero'.

"Kalau tiada hukuman terhadap pengedar dadah jenis ganja, sudah pasti akan mengundang padah terutama penglibatan anak muda," katanya.

Aziz sebelum ini berkata, kerajaan perlu menyemak semula sebarang akta berkaitan dengan ganja kerana ganja tidak boleh diklasifikasikan sebagai dadah.

"Ganja tidak boleh diklasifikasikan sebagai dadah biarpun ia menghayalkan. Namun ianya tidak menyebabkan ketagihan dan merosakkan masyarakat," jelas Aziz.

Beliau turut membidas serta menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dalam pasaran gelap dadah jenis ganja.

"Adakah kerajaan BN takut dengan membenarkan pengedaran ganja dalam pasaran Malaysia secara sah maka ianya akan menjejaskan sebahagian pasaran gelap pengedar dadah di kalangan kroni-kroni BN?," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA