Nelayan Sembunyi Dadah Dalam Kotak Rokok Ditahan Di Lawas

Gambar Hiasan

Miri : Polis berjaya mengesan taktik seorang lelaki yang cuba mengaburi kegiatan penagihan syabu dengan menyembunyikan dadah tersebut di dalam kotak rokok di Lawas, Limbang.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek rakyat tempatan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai nelayan ditangkap pada pukul 9.15 malam tadi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Punang, Lawas.

Dalam serbuan itu, polis menjumpai satu kotak rokok di dalamnya mengandungi 34 kerat penyedut minuman yang diisi dengan dadah dipercayai syabu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata suspek dibawa ke Balai Polis Lawas untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

"Tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya lagi. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA