Nelayan Di Lawas 'Kantoi' Sorok Syabu

Foto Utusan Borneo
LAWAS: Padah menimpa seorang nelayan, 38, apabila dicekup polis selepas kegia­tannya menyorok dadah dipercayai syabu di sebuah rumah di Kampung Punang di sini memakan diri dalam satu operasi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam serbuan itu sejumlah 2.7 gram dadah turut dirampas daripada suspek.

“Suspek menyembunyikan dadah yang disimpan dalam satu kotak rokok di dalam poket kiri seluar berwarna hitam yang dipakainya.

“Dadah seberat 2.7 gram itu yang disimpan di dalam 34 keratan straw berwarna merah jambu dirampas polis kelmarin,” katanya di sini semalam

Abang Zainal berkata, suspek juga positif dadah jenis Amphethamine hasil ujian saringan awal polis ke atasnya.

Katanya, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lawas diket­uai Inspektor Zulpaka Aidiee melakukan operasi sekitar jam 9.51 malam.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12 (2) ADB 1952.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA