Nak Curi ATM, Rupanya Mesin Kemaskini Buku


NEW DEHLI - INDIA. Empat perompak berputih mata bukan hanya kerana cubaan merompak gagal, namun turut tersilap mencuri mesin yang disangka mereka adalah mesin ATM tetapi rupanya hanyalah mesin mengemasikini buku bank.

Perompak yang dikenalpasti sebagai Sahab Ali, Saiful Rahman, Mainul Haque dan Saddam Hussain memecah masuk bangunan Bank Negara India (SBI) di Binovanagar untuk mencuri mesin ATM namun mesin yang dicuri mereka itu ialah sebenarnya hanyalah mesin kemaskini buku bank.

Kesemua mereka bagaimanapun ditahan polis peronda yang melalui kawasan berkenaan ketika cuba melarikan mesin itu dengan sebuah kereta jenis Chevrolet.

Memetik The Assam Tribune, polis turut sedang menyiasat bagaimana empat lelaki warga tempatan itu memperoleh kereta vip berkenaan.

Kejadian kecurian ATM di India sering dilaporkan sejak kebelakangan ini terutamnya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai langkah keselamatan yang baik. - 

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA