Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja



Ketika Najib melaungkan “No Retreat, No Surrender” di Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, ramai tidak tahu laungan itu bukan diajukan kepada marhaen, tetapi di tujukan kepada 3 individu yang berada didalam dewan PWTC itu.

Sebenarnya pergeseran antara Mahathir dengan Najib adalah permainan tinggi rebutan kuasa yang mempunyai kisah belakangnya.

Tetapi, kerana mengetahui diri nya amat popular, maka Tun Mahathir membawa pergeseran antara mereka berdua kepada persada rakyat.

Mengetahui rakyat boleh dimanipulasikan dengan emosi dan jahil kisah sebenar, maka lebih mudah dipersembahkan isu yang mereka kurang arif untuk mereka telan.

Itu sebab nya ketika Rafizi , Anwar dan DAP serta ahli pembangkang yang lain menyerang Presiden UMNO dan parti UMNO , Mahathir sedikit pun tidak mahu mempertahankan UMNO dan Presiden nya, ini kerana serangan dan hentaman dari mereka amat diperlukan Mahathir.

Mahathir menyerang dengan sepenuhnya pun apabila Anwar sudah dimasuk kan kepenjara.

Maka nyata sekali tindakan Mahathir ada lah “calculated”.

Ia atas sebab Mahathir juga sudah merencanakan untuk menyerang Najib dan UMNO, maka apabila Mahathir menyerang ia umpama tambah garam dan perasa sahaja, kerana sebahagian besar kerja groundwork menghentam UMNO telah dilakukan oleh musuh UMNO lebih awal.

Mahathir tetap akan menyerang Najib kerana tidak mahu Najib melebihi satu penggal memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini bakal menggangu rencana yang Mahathir sudah lakarkan seawal tahun 1991 lagi.

Itu sebab nya juga Mahathir tidak menyerang melulu seawal tahun 2012 kerana tidak mahu kelihatan gelojoh dan beragenda. Dia membida masa sesuai, mahu terlihat ada isu, baru lah dia menyerang.

Kepada topik kita, Najib ada prinsip Mahathir cuma ada matlamat sedikit pun kami tidak silap dalam hal ini.

Mahathir bukan sahaja tidak berprinsip , malah juga tiada kesetiaan.

Mahathir cuma ada matlamat , dan matlamat itu sahaja yang dia pegang.

Sama ada laluan untuk mencapai matlamat itu halal atau haram ,betul atau salah itu belakang kira untuk individu bernama Mahathir.

Mahathir boleh duduk didalam parti UMNO berpuluh tahun mengambil nikmat dan kekayaan , tetapi boleh meninggalkan nya apabila kemahuan nya tidak dapat dilayan dengan begitu sahaja.

Bukan sekali bahkan 2 kali.

Kesetiaan jenis apa kah itu?

Selain itu, Mahathir boleh mendidik ahli UMNO sekian lama untuk membenci musuh musuh nya dengan pelbagai cerita tetapi sebaik sahaja dia rasa ada keperluan terus sahaja dia menelan kahak dengan menerima musuh nya tanpa ada rasa bersalah langsung.

Ternyata sekali Mahathir tidak berpendirian.

Mahathir boleh datang sujud kepada DAP , datang sembah kepada Anwar dan sujud kepada YDA, kesemua mereka ini adalah pihak yang ditolak dan dicaci oleh nya dahulu kala.

Mahathir menelan kahak sambil penyokong nya mengejek dedak.

Mereka jahil antara dedak dan kahak , kahak lebih jijik sejuta kali.

Dedak itu akhir nya dimakan juga oleh manusia dengan memakan ayam yang memakan dedak.

Di dewan PWTC ketika Najib melaungkan ‘No Retreat No Surrender” banyak cerita dibelakang tabir yang menyebabkan ia di laung.

Dilaung didepan Mahathir, Muhyiddin dan Shafie.

Dilaung ketika rakyat tidak tahu masalah sebenar 3 individu ini.

Yang satu tidak habis habis dengan kisah legasi dan pewarisan kuasa dan harta, yang satu lagi ketagih hendak jadi Perdana Menteri kerana faktor usia tidak membolehkan dia tunggu lebih satu penggal, dan lagi satu pula kawan baik yang tidak nampak dia boleh pertahan jawatan sedia ada dan mahu ditukar ke negeri asal dengan jawatan nombor 1 tetapi tidak dilayan. Maka jadi rebellious kelihatan lebih mulia dari tewas.

Tanya lah diri kita sendiri apakah tindakan harus dibuat jika kita berada di kasut Presiden? Melayani kesemua kehendak?

Kepada Tun Mahathir henti lah berbohong kepada rakyat atas sebab isu ciptaan anda, jika isu itu berbukti tentu anda sudah bawa nya ke mahkamah.

Tun Mahathir juga tiada kesetiaan bukan sahaja kepada parti, bahkan kepada manusia.

Manusia sekeliling nya hanya la alat untuk capai matlamat nya sahaja.

Musuh semalan boleh jadi kawan untuk hari ini, dan kawan semalam boleh jadi musuh esok, hanya kerana “matlamat”.

Mahathir hanya setia dan sayang pada keluarga dan anak beranak sahaja. Itu tetap.

Mahathir boleh campak Muhyiddin ketepi esok jika dia mahu, seperti dia lakukan kepada 3 Tan Sri yang enggan melayani nya lagi. Kesemua mereka alat belaka.

Maka kepada ahli UMNO berpegang erat kepada Presiden yang mempertahan kan parti .

UMNO untuk semua ahli dan rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir daan kroni nya yang bukan pun ahli UMNO.

Lihat lah kepada Mukhriz dan Muhyiddin, mereka bercakap seolah olah mereka sudah ada dibarisan pembangkang 100 tahun lalu.

Mereka lupa hanya beberapa bulan yang lalu mereka ada didalam kerajaan yang mereka kutuk hari ini, kepincangan kerajaan yang mereka sama sama berada didalam nya.

Mereka hina kerajaan yang ayah dan idola mereka sendiri pimpin sekian lama.
Jika perkara semudah ini pun mereka boleh lupa, apa harapan kah yang rakyat Malaysia ada jika mahu bergantung kepada mereka?

Malaysia akan lebih selamat jika rakyat henti dengar berita kebencian yang palsu yang dihidangkan oleh pihak anarki.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA