Mungkinkah Fadillah Presiden FAS Baharu?


KUCHING: Selepas nama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang baharu, kini timbul nama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Memetik laporan sarawakcrocs.com, menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, Fadillah merupakan seorang peminat bola sepak tegar dan sering mengikuti perkembangan bola sepak negeri ini.

Fadillah turut terlibat secara aktif di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR) yang mana menyaksikan beliau membantu pasukan Kuching FA dari segi kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazruddin Abdul Rahman pula mungkin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden FAS yang baharu.

Sebelum ini, beberapa nama dikaitkan dengan jawatan presiden FAS seperti Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Haidel Heli namun kedua-duanya menegaskan tidak bertanding. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA