‘Munafik’ Dinobat Filem Terbaik Nasional FFM28



MUNAFIK; sebuah filem arahan Syamsul Yusuf telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Malaysia ke 28 (FFM28) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Kemenangan itu menewaskan filem Mat Moto yang merupakan saingan terhebat dan membolehkan Munafik membawa pulang trofi FFM28.

Munafik juga memenangi trofi Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik dan Nabila Huda memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.


Pada Malam Perasmian yang diakan pada Khamis lalu, Munafik turut mendapat anugerah Penyata Bunyi Terbaik.

Filem Tamil, Jagat juga meraih anugerah Filem Terbaik Malaysia menewaskan sembilan filem lain termasuk Munafik, Ola Bola dan The Kid From The Big Apple.

Shanjhey Kumar Perumal turut memenangi anugerah Pengarah Baharu Terbaik menerusi Jagat.

Mat Moto pula mendapat tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim, Cerita Asal Terbaik dan Felisha Crossley sebagai Pelakon Wanita Baharu Terbaik.



Berikut merupakan senarai pemenang malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-28:

ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28 – MUNAFIK

ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28 – JAGAT

ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK – NOTA

PENGARAH TERBAIK FFM28 -SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK

PENGARAH BAHARU TERBAIK – SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT

PELAKON WANITA TERBAIK – NABILA HUDA / MUNAFIK

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK – FALISHA CROSLEY / MAT MOTO

PELAKON LELAKI TERBAIK -PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK – ADAM SHAHZ / JUVANA 2

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK – FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK -HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK-TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE

CERITA ASAL TERBAIK- MAT MOTO

SINEMATOGRAFI TERBAIK – POLIS EVO

PENYUNTING TERBAIK – SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK)

FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK – BOBOI BOY THE MOVIE

FILEM BOX OFFICE – POLIS EVO

ANUGERAH KHAS JURI – OLA BOLA, POLIS EVO & THE KID FROM THE BIG APPLE

KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN – TUAN HAJI DEDDY M BORHAN

Para pemenang menerima sebuah trofi yang terdapat kepingan emas 916. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA