Muhyiddin Jadi Perdana Menteri Jika Pembangkang Menang, Kata Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) depan.

"Jika anda memilih (menamakan) Perdana Menteri sekarang, ada pihak yang akan kecewa dan ianya akan memecahkan undi.

"Buat masa ini kita tidak berbuat apa-apa (memilih bakal Perdana Menteri), tetapi jika pembangkang menang, kemungkinan besar Muhyiddin akan jadi Perdana Menteri," katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dari hadirin dalam ceramahnya di University of London, baru-baru ini.

Jelas Pengasas PPBM dan Deklarasi Rakyat itu, walaubagaimanapun segala keputusan bergantung kepada ahli parti untuk menamakan Muhyiddin sebagai Presiden parti disamping persetujuan dari rakan pakatan pembangkang lain.

Kenyataan Dr Mahahtir ini mungkin menjawab segala persoalan memintanya mengemukakan calon Perdana Menteri pilihannnya semenjak beliau melancarkan gerakan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Walaubagaimanapun, media sebelum ini melaporkan agenda menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri merupakan antara langkah Dr Mahathir untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin dilaporkan berkata, Muhyiddin hanya akan menjadi Perdana Menteri interim yang akan digantikan kepada Mukhriz tidak lama kemudian.

Raja Petra berkata, ianya sentiasa merupakan hasrat Dr Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. - MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA