Muhammad Ali Penerima Sulung Anugerah Owens


COLORADO SPRINGS, Amerika Syarikat: Anugerah Semangat Olimpik Jesse Owens yang julung kali diadakan bakal memberi penghormatan kepada Allahyarham Muhammad Ali.

Anugerah Owens dimulakan tahun ini sempena ulang tahun ke-80 persembahan Owens di Olimpik 1936 di Berlin yang menjelmakan kilauan empat pingat emas.

Anugerah ini akan diadakan setiap tahun bagi menghargai pencapaian atlet Olimpik yang mencetus inspirasi kepada masyarakat.

Cucu Owens, Marlene Dortch akan menyampaikan anugerah berkenaan kepada balu Muhammad Ali, Lonnie pada majlis Anugerah Terbaik Temasya (Best of the Games) minggu depan.

Ali memenangi pingat emas di Olimpik Rome 1960, dan kemudian menjuarai tiga kejohanan dunia heavyweight pada tahun 1964, 1974 dan 1978. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA